Visual Activities Malaysian Paranormal, dikenali sebagai VAMP Malaysia telah ditubuhkan pada awal tahun 2006 di bawah naungan Visual Activities Malaysian People yang di asaskan oleh pengasasnya iaitu Encik Mohd Nasir Bin Mohd Ruhane. Kumpulan ini mempunyai seorang Ketua kumpulan bernama Encik Rahmat Mokhtar
selaku ketua kumpulan penyiasat bagi kawasan negeri selangor dan beliau
pula telah berhikmat di dalam kumpulan VAMP Malaysia selama tiga tahun
pada awal tahun 2008 hingga ke akhir tahun 2010. Dan pada awal tahun
2011, Rahmat Mokhtar telah mengundurkan dirinya dari
kumpulan VAMP Malaysia pada awal tahun 2011 atas sebab-sebab
peribadinya. VAMP Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau
di atas usaha dan kerjasama beliau di dalam kumpulan VAMP Malaysia,
usaha beliau amat dihargai oleh ahli-ahli kumpulannya. Dan pada awal
tahun 2011 pula, VAMP Malaysia telah melantik semula ketua kumpulan yang baru, yang dikenali sebagai Encik Mohd Adam Gabriel
(Aril), beliau telah dilantik sepenuhnya sebagai ketua kumpulan VAMP
Malaysia untuk mengetuai setiap ketua angota kumpulan bagi setiap
negeri-negeri di seluruh Malaysia. Kini Visual Activities Malaysian Paranormal
atau pun dikenali sebagai VAMP Malaysia telah mengerakan semula dan
mengembangkan lagi kumpulan VAMP Malaysia ke seluruh negara. Kepada
mereka yang berminat menyertai VAMP Malaysia tidak kira dimana sahaja, Sabah dan Sarawak
mahu pun seluruh dunia, kami di VAMP Malaysia berharap kepada semua
rakyat Malaysia dapat memperjuangkan matlamat VAMP Malaysia
bersama-sama. Di kesempatan ini juga VAMP Malaysia ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Majalah BICARA, INFINITI, TV3, BERITA HARIAN dan semua warga Media Cetak yang selama ini memberi Support kepada kumpulan kami, Terima Kasih
kami ucapkan, dan tidak lupa juga pada golongan anak-anak muda mahu pun
dewasa, kami di sini juga ingin mengajak anda semua untuk menyertai
VAMP Malaysia dalam bidang PARANORMAL, Semoga VAMP Malaysia dapat menjadi tempat untuk berkongsi CERITA, PENGALAMAN & ILMU yang BERGUNA untuk semua, Terima Kasih kami Ucapkan.

0 comments:
Post a Comment